Dec
6

Kedai Rakyat 1 Malaysia Selandar Kini DIBUKA

Author admin    Category Fakta

Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) yang ketiga di Melaka telah dibuka, lokasinya ialah di Selandar. Sebelum ini 2 lokasi KR1M yang telah dibuka di negeri Melaka ialah di Tengkera dan Kota Fesyen MITC. Semoga akan lebih banyak lagi lokasi di sekitar Melaka akan menerima kemudahan KR1M ini kelak. Semua ini adalah demi kesenangan rakyat sendiri. baca lagi

Jul
30

UNIFI Telah Sampai Di Melaka

Author admin    Category Menarik

Sumber gambar: Twitter @TMCorp

Akhirnya Melaka telah menerima kemasukan perkhidmatan UNIFI daripada TM, ini menjadikan penggunaan internet berkelajuan tinggi boleh dimiliki oleh rakyat negeri Melaka. Syarikat-syarikat swasta dan perniagaan juga kini boleh menggunakannya dan dengan ini boleh meningkatkan lagi produktiviti mereka. Mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak TM,  Malim merupakan kawasan pertama yang mendapat liputan UNIFI ini bermula 15 Julai yang lalu. baca lagi

Jun
17

Negeri Kedua Paling Ramai Pesakit Kencing Manis Adalah Melaka?

Author admin    Category Fakta

Berita yang disiarkan oleh Utusan Online pada 17/06/2011 amat memeranjatkan bila mana Melaka dimaklumkan sebagai negeri kedua yang mempunyai pesakit kencing manis tertinggi di Malaysia. Di mana silapnya? Perkara ini harus diatasi segera sebagai negeri maju kesihatan juga haruslah berada pada tahap yang baik bukan sebaliknya. baca lagi

May
22

Gemarah Dancer

Author admin    Category Menarik

Gemarah Dancer di tubuhkan dibawah Kelab Kesenian & Kebudayaan SMK Rahmat Kuala Sg Baru Melaka.Di pimpin oleh Encik Suliman Hj Hapson sebagai pengurus pasukan dan Puan NorAzlinda Adam sebagai koreografer. Gemarah Dancer terdiri daripada 20 orang penari cilik berumur daripada 17 tahun sehingga 13 tahun. Berbakat menarikan pelbagai jenis tarian asli seperti zapin, joget, inang ,Tarian 1 Malaysia, Tarian India, Tarian Kreatif dan sebagainya. Antara persembahan yang pernah di jayakan antaranya:

baca lagi

May
21

Anak Jati Masjid Tanah Sila Sertai Masjid Tanah Daily

Author admin    Category Menarik

Penggunaan Facebook dalam urusan seharian di Malaysia amatlah berkembang pesat. Kepelbagaian guna yang menjadikan ianya terus mendapat sambutan. Jumlah pengguna Facebook di Malaysia juga amat ramai. Badan-badan kerajaan Malaysia juga menggunakan medium ini untuk menyampaikan maklumat dan mendapatkan maklumbalas segera daripada rakyat.

Masjid Tanah Daily merupakan tempat berkumpulnya anak jati Masjid Tanah di Facebook. Pelbagai maklumat turut dikongsi di ruangan tersebut.

Antara beberapa maklumat menarik yang dikongsikan di ruangan tersebut ialah acara-acara yang akan diadakan di sekitar lokasi Masjid Tanah.

baca lagi

Follow us on Twitter! Ikuti Kami di Twitter!
Ikuti Perkembangan Terkini

Rakan Penaja

Kategori

Komen Terkini

Laman Web Di Melaka

Fanpage FB OhMelaka