Feb
4

Cabutan 1Malaysia.

Cabutan 1Malaysia

Salam.

Majlis Pelancaran Program 1Malaysia Bersama Rakyat Negeri Melaka yang akan berlangsung malam ini dimeriahkan lagi dengan aktiviti cabutan bertuah. Sampul surat yang berisi kad jemputan dan kad cabutan bertuah telah mula diedarkan sejak semalam lagi ke seluruh Negeri Melaka. Sesiapa yang dapat kad tersebut bolehlah mengisi butiran yang diperlukan dan masukkan keratan kad tersebut di tempat yang disediakan oleh pihak penganjur.

Hadiah Menarik.

1. Hadiah Utama Kereta Viva – 1

2. Hadiah Lain:

  • Motosikal – 2
  • TV LCD 32″ – 5
  • Laptop – 3
  • Peti Sejuk – 5
  • Set Bilik Tidur – 1
  • Sofa – 1
  • Mesin Cuci – 5
  • Hamper Gergasi – 2
  • Pelbagai Barangan Eletrik – 25

Cabutan 1Malaysia

Cabutan 1Malaysia

Syarat-syarat.

  1. Seorang peserta hanya layak untuk satu kad sahaja.
  2. Hadiah akan dibatalkan / ditarik balik sekiranya terdapat dua kali nama pemenang yang sama.
  3. Cabutan akan dibuat selepas YAB Perdana Menteri meninggalkan majlis.
  4. Hadiah hendaklah dituntut sebelum jam 1.00pagi 5 Februari 2010 di meja urusetia.
  5. Pemenang hendaklah mengemukakan keratan kad dan kad pengenalan semasa menuntut hadiah.
  6. Bayaran insuran dan urusan pendaftaran kereta / motosikal diuruskan sendiri oleh pemenang.

Semoga majlis ini berjalan lancar.

Sekian, terima kasih.

Malaysia Web Hosting

7 Comments to “Cabutan 1Malaysia.”

  • NoorAfzan 04/02/2010 at 1:20 PM

    mana dapat nih?
    good luck..

    • admin 04/02/2010 at 1:51 PM

      kad jemputan dan kad cabutan bertuah ini diedarkan ke seluruh Melaka bermula semalam.
      tapi ada kawasan-kawasan sasaran yang diberikan keutamaan kerana lebih baik mengutamakan penduduk setempat dan kawasan berhampiran saja.
      cetakan ada kesilapan perkataan, mungkin mereka melakukan kerja dalam keadaan minit-minit terakhir tanpa sempat untuk rujukan akhir.

      mari ramai-ramaikan majlis.
      persiapan sedang giat dijalankan, sebentar nanti akan diupdate beberapa gambar persiapan yang sedang dijalankan.

  • norsaritanaini 04/02/2010 at 2:08 PM

    untuk orang bukan melaka tak boleh ke? kalo la dapat hadiah set bilik tido tu kan best….

    • admin 04/02/2010 at 2:11 PM

      boleh jer janji kalau dapat hadiah kena tuntut sebelum jam 1pagi 05.02.10 dan bolehlah bawa balik hadiah tersebut…

  • echa 04/02/2010 at 2:21 PM

    nor~ aim itu aje ke..aim la cik bibah tuh, berset2 bilik tido boley dapat nanti, hehe

    syabas kerajaan negeri atas pencapaian ini. =)

    • admin 04/02/2010 at 3:29 PM

      tuler, dapat keter tu pun dh kira okey sangat…haha

    • norsaritanaini 05/02/2010 at 6:12 PM

      nak aim2 tinggi, konpem dh tak bertuah…aim je la yg menjadi idaman hati…ngeee…

Post comment

Follow us on Twitter! Ikuti Kami di Twitter!
Ikuti Perkembangan Terkini

Kategori

Komen Terkini

Laman Web Di Melaka

Fanpage FB OhMelaka