1 Juta Jemputan

Sempena SUKMA XIII 2010 yang akan berlangsung di negeri Melaka, pihak kerajaan negeri melalui Sekretariat SUKAN MALAYSIA XIII MELAKA 2010 telah menjalankan kempen promosi yang menarik. Antara promosi SUKMA dan promosi pelancongan inilah hasilnya iaitu 1 JUTA JEMPUTAN SUKAN MALAYSIA XIII 2010.
Promosi yang menawarkan kupon 20% potongan untuk 6 lokasi dan daya tarikan pelancongan di Melaka. Antara yang melibatkan diri dalam promosi ini adalah River Cruise, Taman Mini Malaysia, San Shu Gong (House of Authentic Delicacies – Cendol), Duck Tour, Planetarium Melaka, dan Menara Taming Sari.
Promosi 1 JUTA JEMPUTAN ini tertakluk kepada terma dan syarat, iaitu:-
- Satu tiket hanya untuk seorang.
- Tiket hendaklah disertakan untuk diskaun.
- Diskaun hanya untuk tiket masuk sahaja.
- Tiket tidak boleh ditukar kepada wang tunai.
- Tarikh sahlaku tiket 1 Jun 2010 hingga 31 Julai 2010.
Ucapan terima kasih dari rakyat negeri Melaka kepada penaja-penaja untuk projek promosi ini. Kemasukan pelancong luar mampu membawa rezeki dan menyumbang kepada peningkatan ekonomi tempatan. Sama-samalah kita membantu mempromosikan 1 JUTA JEMPUTAN ini.




2 Comments to “1 Juta Jemputan”
Post comment
Kategori
Komen Terkini
- warren kuan on Karnival Juara Rakyat Parlimen Bukit Katil
- niesha on Kerja Kosong TESCO Cheng
- niesha on Kerja Kosong TESCO Cheng
- AL HAFITZ BIN ALI on Kerja Kosong TESCO Cheng
- ameera fatihah on Kerja Kosong TESCO Cheng






Ooo dari sekretariat SUKMA ek..
Nanti aku try tanya lah mamat kat sana..
banyak juga kenalan kau, lepas nie bleh ler sumbangkan berita-berita dan aktiviti menarik yang kau tahu.
kredit tidak akan dilupakan.