Monorel Melaka

Tahniah Melaka, satu lagi produk daya tarikan pelancongan ke Melaka telah dirasmikan pembukaan dan operasinya semalam oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Taman Rempah, Melaka. Semoga dengan produk ini kadar kemasukan pelancong luar mahupun tempatan akan bertambah. Pada 20.10.2010 adalah tarikh ianya dilancarkan. Saya sempat merakamkan gambar lokasi Terminal Stesen Monorel Hang Jebat pada malamnya, namun begitu ketika saya tiba train tidak beroperasi lagi, itulah yang disampaikan kepada saya oleh staf mereka. Katanya secara rasmi akan mula beroperasi hari ini 21.10.2010 jam 10 pagi.



Stesen Monorel Hang Jebat.

Trek laluan Monorel Melaka yang menyusuri tepian sungai Melaka.

Kaunter tiket dan informasi Monorel Melaka.

Kadar bayaran yang dikenakan kepada pengunjung untuk perjalanan 1.5km menyusuri sungai Melaka. RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Waktu operasi Isnin hingga Jumaat dari jam 10 pagi hingga jam 10 malam. Manakala Sabtu dan Ahad dari jam 10 pagi hingga 11 malam.

Destinasi laluan Monorel Melaka akan melalui kawasan-kawasan tersebut.
Laluan Monorel Melaka ini sepanjang tepi sungai Melaka, selama 30 minit perjalanannya dengan 15 minit sehala sejauh 1.5km.
12 Comments to “Monorel Melaka”
Post comment
Kategori
Komen Terkini
- warren kuan on Karnival Juara Rakyat Parlimen Bukit Katil
- niesha on Kerja Kosong TESCO Cheng
- niesha on Kerja Kosong TESCO Cheng
- AL HAFITZ BIN ALI on Kerja Kosong TESCO Cheng
- ameera fatihah on Kerja Kosong TESCO Cheng






Adoi. agak mahal gak harganya.. huhu
memang mahal, harga tu tidak munasabah langsung.
rasanya munasabah gak sbb produk pelancongan… harganya sama dengan harga semua produk pelancongan yang terdapat di melaka….n tuk pakej yg ramai, leh dapatkan potongan harga……bebaloi rasanya…..
semoga ada peluang dan ruang utk harga ini diturunkan lagi, jumlah pengunjung dan pelancong mungkin akan bertambah lagi…
tunggu siapnya roller coaster Melaka pula untuk menambahkan lagi jumlah tarikan ke Melaka.
mahal jugak eh.. berbaloikah rm10 tuh?
tp mcm best je menda mcm nih bro! i like
tanya ali rostam, mana pg EOM tuh?
pendapat aku menyatakan adalah tidak berbaloi sekali menaiki monorel ini kerana projek yg 50% siap tapi dah dimulakan operasi.
EOM akan digantikan dgn yg baru, bilangan gondola yg lebih byk dari sebelum nie, yg lama semua dah masuk kontena, tunggu nak bawa keluar dari Melaka seterusnya keluar dari Malaysia.
ntah bila nak siap ntah.. ni tak dpt CF sebab ada agensi tak bagi pengesahan.. aku pun tak ingat agensi apa..
EOM akan bla h dari melaka diganti dengan gondola dari China.. berbaloi atau tak?? ntahlah labu. tak leh komen bebanyak..
gila babeng mahal. kalah monorel KL neh.
harga produk pelancongan kalau mahal sangat nanti org tak nak cuba.
kalau harga perkhidmatan awam pula mahal jawabnya cepatlah bungkus syarikat tu.
lepas ni akan ada perkhidmatan awam dengan konsep monorel juga, semoga harga yg ditawarkan lebih munasabah.
dah agak…memang rm10 la..tgk je la..memang x naik la..nak naik gi kl je la..rm10 tu jauh leh gi…
harga standard produk pelancongan Melaka, semoga akan turun harga nanti…
Moga-moga turun harga tiket. Boleh gi sana jalan-jalan