Pengalaman Menaiki Monorel Melaka

Hari ini berjaya juga rasa menaiki Monorel Melaka. Setibanya ke lokasi sekitar jam 12.00 tengah hari dimaklumkan oleh petugas kaunter bahawa Monorel dihentikan operasinya seketika untuk kerja-kerja baikpulih. Nampaknya sekali lagi masalah berulang. Adakah Monorel ini benar-benar bersedia untuk beroperasi? Pada jam 12.40 saya dimaklumkan oleh petugas kaunter yang monorel sudah boleh mula beroperasi semula. Mungkin masalah telah berjaya diatasi.
Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakamkan ketika menaiki monorel. Sempat bersembang dengan petugas monorel yang ramah. Saya juga akan menyenaraikan kekurangan dan masalah yang harus diatasi oleh pihak pengurusan Monorel Melaka iaitu Menara Taming Sari.


Inilah rupanya Monorel Melaka yang mampu memuatkan 20 pengunjung dalam satu-satu masa.

Inilah trek laluan Monorel Melaka di tepi kawasan sungai Melaka.

Kemudahan yang disediakan untuk akses ke kaunter tiket, boleh menggunakan tangga mahupun eskalator.

Kaunter tiket dan mendapatkan informasi.

Tiket Monorel Melaka untuk dewasa.

Ruangan pemandu Monorel Melaka, bertindak sebagai bilik kawalan, terdapat CCTV untuk dipantau oleh mereka.

Terdapat 3 bahagian untuk pengunjung bagi sebiji monorel, setiap bahagian boleh memuatkan 8 orang.

Ruangan pemandu monorel yang boleh memantau ruangan pengunjung yang berada di dalam monorel. Kanak-kanak dinasihatkan tidak berada berhampiran pintu elektrik.

Pemandangan Stesen Monorel Hang Jebat dari dalam monorel sebelum berhenti menamatkan 1 perjalanan pergi dan balik.
Ingin saya senaraikan beberapa masalah dan kekurangan yang harus diambil perhatian oleh pihak pengurusan Monorel Melaka iaitu Menara Taming Sari.
- Daya tarikan pelancongan negeri, kemudahan untuk pengunjung kurang upaya tiada, iaitu lif. Eskalator tidak mesra pengguna kerusi roda.
- Ruangan menunggu adalah di tingkat atas sekali, andai kata ada kerja-kerja baik pulih dan ditutup tangga ke tingkat atas, maka pengunjung tidak dapat akses ke tingkat atas sekali yang menyediakan kerusi untuk menunggu. Di tingkat pembelian tiket tiada kerusi untuk tujuan menunggu.
- Kemudahan tandas tiada.
- Kaunter pembelian tiket mempunyai lubang di cermin yang kecil, sukar untuk bertanya mahupun mendengar maklumat yang cuba disampaikan.
Semoga kelemahan dan kekurangan ini segera diperbaiki untuk memastikan daya tarikan ini berterusan menerima pengunjung dan pelancong.
2 Comments to “Pengalaman Menaiki Monorel Melaka”
Post comment
Kategori
Komen Terkini
- warren kuan on Karnival Juara Rakyat Parlimen Bukit Katil
- niesha on Kerja Kosong TESCO Cheng
- niesha on Kerja Kosong TESCO Cheng
- AL HAFITZ BIN ALI on Kerja Kosong TESCO Cheng
- ameera fatihah on Kerja Kosong TESCO Cheng






size monorel ni rasanya sama dengan monorel yg pernah wujud kat sunway satu ketika dulu.
mungkin juga, saya tidak pernah naik yg kat sunway tu dulu…
yang nie dimiliki oleh Menara Taming Sari..
satu lagi projek mereka ialah RollerCoaster Melaka di hentian Monorel Hang Tuah, siap dgn flying fox seberang sungai Melaka lagi, bersebelahan dengan tapak hotel 48 tingkat…