Browsing all articles from October, 2010
Oct
21

Pengalaman Menaiki Monorel Melaka

Monorel Melaka

Hari ini berjaya juga rasa menaiki Monorel Melaka. Setibanya ke lokasi sekitar jam 12.00 tengah hari dimaklumkan oleh petugas kaunter bahawa Monorel dihentikan operasinya seketika untuk kerja-kerja baikpulih. Nampaknya sekali lagi masalah berulang. Adakah Monorel ini benar-benar bersedia untuk beroperasi? Pada jam 12.40 saya dimaklumkan oleh petugas kaunter yang monorel sudah boleh mula beroperasi semula. Mungkin masalah telah berjaya diatasi.

Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakamkan ketika menaiki monorel. Sempat bersembang dengan petugas monorel yang ramah. Saya juga akan menyenaraikan kekurangan dan masalah yang harus diatasi oleh pihak pengurusan Monorel Melaka iaitu Menara Taming Sari. baca lagi

Oct
21

Monorel Melaka

Monorel Melaka

Tahniah Melaka, satu lagi produk daya tarikan pelancongan ke Melaka telah dirasmikan pembukaan dan operasinya semalam oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Taman Rempah, Melaka. Semoga dengan produk ini kadar kemasukan pelancong luar mahupun tempatan akan bertambah. Pada 20.10.2010 adalah tarikh ianya dilancarkan. Saya sempat merakamkan gambar lokasi Terminal Stesen Monorel Hang Jebat pada malamnya, namun begitu ketika saya tiba train tidak beroperasi lagi, itulah yang disampaikan kepada saya oleh staf mereka. Katanya secara rasmi akan mula beroperasi hari ini 21.10.2010 jam 10 pagi.

baca lagi

Oct
20

Tahniah Negeri Melaka Untuk Majlis Pengisytiharan Melaka Maju 2010

Author admin    Category Aktiviti

Melaka Maju 2010

20.10.2010 tepat jam 2010 (08.10 malam) – Melaka diisytiharkan sebagai negeri maju. Sebuah lagi pencapaian hebat untuk Negeri Melaka. Saya selaku anak negeri Melaka berbangga dengan pencapaian ini. Semoga kita terus maju. Negeri Bandar Teknologi Hijau merupakan sasaran kerajaan negeri, sama-samalah kita merealisasikannya.

Tahniah dari kami pihak OhMelaka.com

baca lagi

Oct
20

Kereta Elektrik Polis Pelancong Negeri Melaka

Author admin    Category Menarik

Kereta Elektrik Polis Pelancong Negeri Melaka

Ini adalah contoh kenderaan elektrik yang bakal digunakan oleh Polis Pelancong Negeri Melaka demi menyahut kempen Negeri Bandar Teknologi Hijau. Beberapa model lain juga ada dibawa masuk untuk kegunaan pihak polis. Sama-samalah kita nantikan kenderaan ini menjalankan tugas hariannya di sekitar bandar Melaka. Satu lagi produk tarikan pelancongan negeri.

baca lagi

Oct
19

Poskad Melaka Maju 2010

Author admin    Category Aktiviti

Poskad Melaka Maju 2010

Dapatkan Poskad Melaka Maju 2010 anda sekarang. Setiap poskad melayakkan anda untuk menyertai cabutan nama bertuah. Anda hanya perlu koyakkan bahagian bawah poskad setelah mengisi maklumat yang diperlukan. Antara maklumat yang diperlukan ialah nama, nombor kad pengenalan, dan nombor telefon. Siapa tahu nasib anda baik untuk membawa pulang hadiah utama sebuah unit rumah berharga RM100,000.00.

baca lagi

Follow us on Twitter! Ikuti Kami di Twitter!
Ikuti Perkembangan Terkini

Kategori

Komen Terkini

Laman Web Di Melaka

Fanpage FB OhMelaka