Browsing all articles in Menarik
Oct
28

Melaka Kad

Author admin    Category Menarik

Melaka Kad

Satu lagi Inisiatif Melaka Maju 2010 oleh Bahagian K-Ekonomi, Jabatan Ketua Menteri Melaka.

Mengenai Melaka Kad.

  • Melaka Kad adalah kad pembayaran yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Melaka sebagai kaedah pembayaran alternatif kepada tunai.
  • Melaka Kad menggunakan kaedah cip pintar yang sama dengan kad-kad seperti Mykad, ATM, kad debit dan kredit.
  • Oleh itu, ianya selamat dan terpelihara untuk digunakan.
  • Tidak seperti kad prabayar dan kad tunai yang lain di negara ini, Melaka Kad berbeza kerana ianya membenarkan nilai kad dikembalikan.

baca lagi

Oct
27

SUTRA ESSENTIAL Aromatherapy

Author admin    Category Menarik

SUTRA ESSENTIAL Aromatherapy

Produk Tropical Bioessence Sdn. Bhd. yang bertempat di Masjid Tanah Melaka dengan jenama Sutra Essenstial Aromatherapy merupakan produk Bumiputra yang menghasilkan produk-produk aromaterapi. Kini mereka sedang giat meluaskan pasaran jenama Sutra ini. Sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar mereka juga adalah digalakkan.

baca lagi

Oct
26

Video Cadangan Laluan Projek Trams Melaka

Author admin    Category Menarik

Trams of Melaka

Entri kali ini akan dikongsikan rakaman video persembahan cadangan laluan projek Trams Melaka. Rakaman ini dibuat ketika pameran Melaka Maju 2010 yang lalu bertempat di Stadium Hang Jebat. Disiarkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka. Semoga dengan tayangan video ini dapat memberikan gambaran ringkas projek yang akan dilaksanakan di negeri Melaka ini. Satu lagi produk daya tarikan pelancongan di Melaka.

baca lagi

Oct
22

IT @ HATTEN Square

Author admin    Category Menarik

IT@HATTEN

IT Mall terbesar di Melaka akan dibuka di Hatten Square, Melaka Raya. Bilakah tarikh rasmi pembukaannya tidak dapat dipastikan lagi. Namun ini merupakan satu perkembangan yang menarik untuk Hatten Square lebih dikenali. Memandangkan lokasi sekitar Hatten Square sedang giat dinaiktaraf demi keselesaan pengunjung ianya merupakan satu kelebihan. Semoga “One Stop Center” sebegini akan memudahkan pencarian produk-produk teknologi maklumat dan gajet terkini.

Oct
21

Pengalaman Menaiki Monorel Melaka

Monorel Melaka

Hari ini berjaya juga rasa menaiki Monorel Melaka. Setibanya ke lokasi sekitar jam 12.00 tengah hari dimaklumkan oleh petugas kaunter bahawa Monorel dihentikan operasinya seketika untuk kerja-kerja baikpulih. Nampaknya sekali lagi masalah berulang. Adakah Monorel ini benar-benar bersedia untuk beroperasi? Pada jam 12.40 saya dimaklumkan oleh petugas kaunter yang monorel sudah boleh mula beroperasi semula. Mungkin masalah telah berjaya diatasi.

Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakamkan ketika menaiki monorel. Sempat bersembang dengan petugas monorel yang ramah. Saya juga akan menyenaraikan kekurangan dan masalah yang harus diatasi oleh pihak pengurusan Monorel Melaka iaitu Menara Taming Sari. baca lagi

Follow us on Twitter! Ikuti Kami di Twitter!
Ikuti Perkembangan Terkini

Kategori

Komen Terkini

Laman Web Di Melaka

Fanpage FB OhMelaka