Alaisyah – Sesi Beramah Mesra Bersama Fouziah Gous

Bertempat di MYDIN Melaka MITC suatu Sesi Beramah Mesra Bersama Fouziah Gous yang dibawakan oleh produk Alaisyah diadakan. Pihak OhMelaka.com mendapat informasi ini terus dari twitter @FouziahGous yang menyatakan beliau akan turun ke MYDIN Melaka. Begitu mudah untuk mengetahui aktiviti artis pujaan anda sekarang, teknologi sudah ada hanya perlu digunakan sebaik mungkin sahaja. baca lagi
Naik Taraf Jalan Dataran Pahlawan

Projek naik taraf kemudahan bersama yang sedang giat berjalan di jalan utama bersebelahan dengan Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade amatlah dinanti-nantikan dengan perubahan bahan binaan jalan yang sebelum ini mendapat pelbagai kritikan dari pengguna. Perubahan dari binaan berasaskan batu blok kepada jalan tar adalah satu kebaikan. Semoga perubahan ini akan memberi manfaat bersama. baca lagi
Melaka Kad

Satu lagi Inisiatif Melaka Maju 2010 oleh Bahagian K-Ekonomi, Jabatan Ketua Menteri Melaka.
Mengenai Melaka Kad.
- Melaka Kad adalah kad pembayaran yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Melaka sebagai kaedah pembayaran alternatif kepada tunai.
- Melaka Kad menggunakan kaedah cip pintar yang sama dengan kad-kad seperti Mykad, ATM, kad debit dan kredit.
- Oleh itu, ianya selamat dan terpelihara untuk digunakan.
- Tidak seperti kad prabayar dan kad tunai yang lain di negara ini, Melaka Kad berbeza kerana ianya membenarkan nilai kad dikembalikan.
SUTRA ESSENTIAL Aromatherapy

Produk Tropical Bioessence Sdn. Bhd. yang bertempat di Masjid Tanah Melaka dengan jenama Sutra Essenstial Aromatherapy merupakan produk Bumiputra yang menghasilkan produk-produk aromaterapi. Kini mereka sedang giat meluaskan pasaran jenama Sutra ini. Sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar mereka juga adalah digalakkan.
Video Cadangan Laluan Projek Trams Melaka

Entri kali ini akan dikongsikan rakaman video persembahan cadangan laluan projek Trams Melaka. Rakaman ini dibuat ketika pameran Melaka Maju 2010 yang lalu bertempat di Stadium Hang Jebat. Disiarkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka. Semoga dengan tayangan video ini dapat memberikan gambaran ringkas projek yang akan dilaksanakan di negeri Melaka ini. Satu lagi produk daya tarikan pelancongan di Melaka.
Kategori
Komen Terkini
- warren kuan on Karnival Juara Rakyat Parlimen Bukit Katil
- niesha on Kerja Kosong TESCO Cheng
- niesha on Kerja Kosong TESCO Cheng
- AL HAFITZ BIN ALI on Kerja Kosong TESCO Cheng
- ameera fatihah on Kerja Kosong TESCO Cheng




